CABARAN PENGIMARAHAN MASJID SEMASA PANDEMIK COVID 19: KAJIAN KES DI MASJID AL-RAHMAN PULAU PERHENTIAN
(THE CHALLENGE OF THE MOSQUE DURING THE COVID 19 PANDEMIC: A CASE STUDY AT MASJID AL-RAHMAN PULAU PERHENTIAN)
DOI:
https://doi.org/10.53840/almimbar.v1i2.34Keywords:
Cabaran Pengimarahan Masjid, Pandemik COVID19, Masjid Al-Rahman Pulau PerhentianAbstract
Pandemik COVID 19 telah memberi cabaran baru dalam segenap aspek kehidupan manusia. Pelbagai norma baharu telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan pandemik ini. Antara institusi yang amat terkesan dengan pandemik ini ialah masjid. Ini kerana masjid sentiasa menjadi tempat perhimpunan umat Islam untuk menunaikan solat fardu, solat Jumaat dan kuliah agama. Justeru, kertas ini bertujuan untuk melihat cabaran pengimarahan masjid semasa pandemik COVID 19 dengan menjadikan Masjid al-Rahman Pulau Perhentian sebagai kajian kes. Kajian ini akan menggunakan pendekatan pemerhatian dan temu bual bagi mengumpul maklumat, dan maklumat yang didapati akan dianalisis dengan menggunakan perisian atlas.ti. Kajian mendapati Masjid al-Rahman telah beroperasi dengan SOP yang ketat seperti yang diarah oleh MAIDAM. Dari satu sudut yang lain, masjid telah dikunjungi oleh ramai anak muda untuk program Halaqah al-Quran rentetan dari penutupan sektor pelancongan. Kertas ini memberi input terhadap cabaran pengimarahan masjid al-Rahman di Pulau Perhentian semasa Pandemik COVID 19.
The COVID 19 pandemic has presented new challenges in all aspects of human life. Various new norms have been introduced by the government to curb the spread of this pandemic. Among the institutions most affected by this pandemic are mosques. This is because the mosque has always been a gathering place for Muslims to perform obligatory prayers, Friday prayers and religious lectures. Thus, this paper aims to look at the challenges faced by the mosque during the COVID 19 pandemic by making Masjid al-Rahman Pulau Perhentian a case study. This study will use observation and interview approaches to collect information, and the information obtained will be analyzed using atlas.ti software. The study found that Masjid al-Rahman has operated with strict SOPs as directed by MAIDAM. From another angle, the mosque has been visited by many young people for a series of Halaqah al-Quran programs from the closure of the tourism sector. This paper provides input on the challenges of maintaining the al-Rahman mosque in Pulau Perhentian during the COVID 19 Pandemic.
References
Abdullah, Wahyu & Norani, Mohammad. (2020). Analisis Aktiviti Pengajian Keagamaan di Institusi Masjid-masjid Negeri Melaka. 3. 2020.
Ibn Hisyam. 1971. Al-Sirah al-Nabawiyyah. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Thurath al-Arabi.
Ibn Imad Yahya Mahmud Salman. 2005. al-Sīrah al-Nabawiyyah. Kuala Lumpur: Markaz al- Bayan., 1931. Shadharat al-dhahab fi akhbâr man dhahab. Qâherah: Maktabah al-Qudsi.
Jasmi, K. A. & Che Noh, M. A. (2013). Sejarah, Kaedah, serta Model Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran. Dalam Bengkel Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) alQuran SRA JAWI. Kuala Lumpur: Malaysia
Mohd Ismail Mustari, Kamarul Azmi Jasmi. 2008. Fungsi Dan Peranan Masjid Dalam Masyarakat Hadhari. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.
Tourism Malaysia. 2015. Kajian Penyusunan Semula Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Eko-Pelancongan Perdana. Putrajaya: Malaysia Yusmini Md. Yusoff & Mohd Anwarulhaq Sulaiman. 2004. Kajian Tentang Maklumbalas Masyarakat Terhadap Aktiviti Masjid-masjid di Semenanjung Malaysia. Jurnal Usuluddin 20(20): 201-222.
Zulkiple Abd. Ghani. 2003. Membangun Institusi Masjid, Komunikasi Masjid. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.






